Tujuan tandatangan Wikipedia:Tandatangan

Tandatangan di Wikipedia untuk membantu mengenal pasti anda sebagai seorang pengguna, serta sumbangan anda kepada Wikipedia. Tindakan ini menggalakkan kesopanan dalam perbincangan bagi mengenal pasti penulis sesuatu komen, dan tarikh serta masa ia ditulis. Disebabkan ini, tindakan memiliki tandatangan yang kurang sopan adalah tidak digalakkan (dalam sesetengah keadaan, sehingga terpaksa menyekat pengguna yang berbuat demikian sehingga tandatangannya diubah). Secara umum, apa-apa sahaja yang tidak dibenarkan dalam polisi nama pengguna sepatutnya tidak digunakan dalam tandatangan juga.